CARA JADI SELLER SHOPEE-Mari Belajar Buka Kedai di Shopee

"Beli semua di Shopee"

Tagline tersebut sudah menjadi kewajipan bagi semua rakyat Malaysia. Terkesan dengan pandemik Covid-19, platform membeli-belah secara dalam talian kini tidak lagi asing bagi semua umat manusia di serata dunia. Negara-negara maju yang menggunakan talian internet sudah tentu tidak akan ketinggalan dalam aktiviti pembelian secara dalam talian kerana ianya lebih mudah. Anda tidak perlu keluar rumah untuk membeli barang-barang yang diinginkan. Hanya perlu memastikan duit ada di dalam akaun bank, buat pembelian kemudian tunggu sehingga barang yang dipesan tiba di hadapan pintu rumah. 

Walaupun begitu, tahukah anda bahawa selain daripada membelanjakan wang di Shopee membeli-belah, anda juga boleh membuka kedai di Shopee. Ya! Anda menjadi penjual di Shopee. Ini akan lebih memudahkan anda untuk memajukan perniagaan anda kerana ramai orang tidak ke kedai untuk membeli barang, sebaliknya mereka hanya membeli melalui dalam talian. 

Jika anda seorang pelajar, ini juga merupakan satu kelebihan untuk anda mencari duit tambahan dengan menjual barang-barang yang mudah untuk dijual. Salah satu kelebihan yang sangat ketara di Shopee ialah, selalunya pelanggan yang akan mencari anda. Sekiranya kita menjual di Facebook, Instagram dan sebagainya, kita yang akan mencari pelanggan. Mudah bukan sekiranya kita berniaga di Shopee?

Jadi di sini, saya akan ajar anda semua bagaimana cara untuk memulakan kedai di Shopee. Pertama sekali, pastikan anda memiliki akaun Shopee. Jika belum, daftar sekarang. 

1. Pergi ke bahagian Me page (pada telefon pintar) dan pilih "start selling" @ 'mula menjual'

2. Tambahkan listing produk anda. (Pergi ke bahagian Add New Product. Masukkan semua maklumat mengenai produk anda)

3. Pastikan anda mengaktifkan program 'standard delivery shipping' Shopee untuk memudahkan proses pengeposan barang. Anda hanya perlu mencetak Waybill yang telah diberi, kemudian tampalkan pada parcel. Siap untuk dipos. Anda boleh pilih untuk 'drop parcel' di mana-mana cawangan pengeposan atau 'pick up parcel' sekiranya cawangan pengeposan berdekatan anda menawarkan perkhidmatan tersebut.

Mudah bukan? Anda kini telah menjadi seorang penjual di Shopee. Semoga berjaya!

Comments

Popular posts from this blog

LIST BARANG BAWA KE UNIVERSITI/KOLEJ/MATRIK

REVIEW DRAMA SQUID GAME